Saturday, November 27, 2010

Makhluk yang Bernama Manusia...

Hmm... It's been a long time tak membebel.. Haha.. :D... Hari ni nak membebel pasal manusia plak... Kita sedia maklum yg manusia ni ciptaan Allah yg dikurniakan akal fikiran... Hehe.. Jika dibandingkan dgn makhluk lain, sudah tentunya kita ni lebih mulia...

Teringat plak kepada pepatah... 'Rambut sama hitam, hati lain-lain.'... Betul pepatah ni... Manusia ini bnyk ragamnye.. Banyak karenahnya... Ada yg kelakar, ada yg pendiam, ada yg jenis huha-huha, dn tak lupa jugak yg jenis zalim...

Aku kadang2 tak percaya dgn kezaliman manusia... Sebab manusia ni ada akal and jugak ada belas kasihan... Tapi bila aku melihat dunia hari ni, dan pernah terjadi depan mata aku sendiri which aku sendiri yg mengalaminya, aku akui... Terdapat lagi manusia berhati binatang.. Malahan lagi teruk dari binatang... Aku cuba memikirkan keadaan diorg.. Cuba utk berada di tempat diorg.. Tapi aku masih tak mendapat jawapan.. Sampai skrg aku masih buntu dgn perangai manusia.. Buntu dgn sikap manusia.. Aku tiada jawapan utk soklan "Kenapa ada manusia yg sgt kejam dan tak berperi kemanusiaan.." Melayan org lain seolah2 melayan anjing jalanan... Kejam sungguh.. Sgt tragis.. huhu

Wahai manusia, tidakkah kamu sedar kamu ciptaanNya yg sgt indah??? Tidakkah kamu bersyukur??? Butakah matamu??? Pekakkah telingamu??? Butakah hatimu??? Tidakkah kamu melihat kebesaranNya???

Dan manusia yg kejam itu adalah aku... :'|

Thursday, November 18, 2010

A Word to Remember...

A word... Atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai Satu Perkataan... Perkataan ialah sesuatu yang keluar dari hati kita sama ada written or verbally... Kita diberi kebebasan untuk bercakap atau menulis apa yang terbit dari hati kita... Apa yang mengawal kita adalah akal kita...

Tetibe hari ni aku nak bercakap pasal A Word to Remember... Sedarkah kita kekadang apa yg dilahirkan dari hati kita dan dilemparkan kepada seseorang mampu mengubah seseorang? Sebagai contoh, bila kita melemparkan kata 'cacat' kepada orang kurang upaya, ianya mampu menjatuhkan keyakinan diri orang tersebut... Sesetengah orang boleh menerima kekurangan diri dan setengah orang tak mampu untuk menerima kekurangan yang dikurniakan Allah SWT. Sedarkah kita bahawa kita semua adalah manusia dan sudah terang-terang yang manusia adalah makhluk yang tidak sempurna? Jadi, kenapa kita manusia boleh menghina kekurangan seseorang dengan seolah-olah kita adalah makhluk yang sempurna? Kita bebas melemparkan kata-kata menghina ciptaan Tuhan tanpa menggunakan kebijaksanaan akal? Dan kata-kata itu sebenarnya akan terabadi ke dalam jasad org yang menerima... Fikir-fikirkanlah dan beringatlah sebelum kita berkata-kata... Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya' :)

Adios...

Tuesday, November 16, 2010

Pengalaman Membungkus Ketupat Daun Palas!!!

Tetibe malam ni aku rasa nak membebel lagi... haha.. padahal esok hari raya... sibuk nak online bagai... Ha! Kebetulan da menulis ni, aku nak share la pengalaman aku utk raya kali ni... Raya kali ni mak aku n kakak aku berpakat nak buat ketupat daun palas... Kedengaran agak biasa tapi pengalaman ni cukup indah buat aku...

Aku ni mmg suka belajar benda yang baru.. Tak kira sama ada aku minat ke tak... Bagi aku, minat boleh dipupuk.. hehe ;) Tapi kalo aku da try belajar, n aku still takley nak buat, mungkin aku tak sesuai la kot dengan benda tuh.. Ye lah.. aku pun manusia.. Tiada manusia yang sempurna.. hehe :D

Berbalik kepada pengalaman buat ketupat daun palas... Ni la kali pertama aku belajar membungkus ketupat ni.. Ala.. nampak cam simple je.. So, aku mcm tak heran sgt la.. hehe :) So, lepas pulut dah ditanak dan dicampur santan and all those things tuh, tibala masa utk membungkusnya.. Wah! aku tak sabar nak tunjuk skill aku yg lama terpendam ni...

Tetibe aku terkial-kial nak bungkus sebiji ketupat.. Adeh.. Mak aku da siap sepuluh, aku tak siap satu pun lagi.. haha.. Masa tu akak sulong aku pun ada sama.. Dia pun terkial-kial gak... Haha.. Then mak aku pun cuba la menurunkan teknik-teknik nya kepada akak aku... Aku hanya tgk sambil jeling2... Bodoh sombong katakan! haha... Blaja punya belajar, akak aku da pening.. Mak aku kidal, aku dan akak aku guna tgn kanan.. so mcm da tonggang terbalik jadinya.. Aku pun uba la apply menggunakan imiginasi aku ni.. tereng! Aku da berjaya bungkus sebiji ketupat! Hepy giler aku rasa.. kekekeke... Sampai semua pulut tuh dah abes, kakak aku masih lagi tak berjaya membungkus sebiji ketupat... haha...

It was a nice moment n experience! Yeah! hehe

Daa...

Btw, Salam Aidiladha.. hehe :D

Wednesday, September 1, 2010

DugaanMu...

Kita sebagai manusia selalu diduga atau diuji oleh Allah SWT... Kenapa? Salah satunya adalah untuk kita mendekatkan diri kepada Pencipta kita... Jika kita tidak diuji, kita akan hanyut dek dunia yang penuh indah kononnya dan mungkin setengah dari kita melupakan Pencipta kita... Aku la tu.. huhuhuhuhu :(

Sebagai contoh dalam kehidupan kita, masa kita belajar, kita akan ada ujian ataupun peperiksaan.. Masa kita dalam proses pembelajaran, sesetengah dari kita lupa yang kita ni sebenarnya pelajar dan kita melagho tanpa ada batasan.. (Aku gak tu.. huhu)... Bila cikgu atau lecturer kata ada test, masa tu la baru kita nak ingat cari buku teks la, cari nota la, apa la.. huhuhu.. Masa tu jugak la kita nak g jumpa lecturer tanya macam2.. Kalo tanya pasal tak paham takpe.. Ni tanya pasal hint apa yg nak kuar.. Adeh.. haha

Begitu la juga bila diaplikasikan dgn ujian Allah.. Bila kita tidak diuji, kita akan merasakan bahawa dunia ini kita yang punya.. Bebas melakukan apa sahaja.. Malah, kita melupakan Pencipta kita... Bila mendapat ujian, barulah kita sedar yang kita ni hanyalah hambaNya yang lemah, dan kita akan kembali kepadanya.. Ni kira kes ok lagi la.. Ada setengah dari kita, bila ditimpa ujian, buat tak tau jugak.. Yang tu mmg tak tau nak cakap apa la... Dari situ, tidakkah kita berfikir bahawa, bila Allah menduga kita, Dia sayangkan kita sebenarnya.. Dia taknak kita hanyut dalam dunia yang kononnya indah ni... Huhuhu

Bercakap pasal ujian, aku sebenarnya ingin berkongsi sebuah cerita... Baru-baru ni, aku dikejutkan dengan sebuah berita.. Abang kepada kawan aku, disahkan menghidap lukemia.. ya Allah, terkejut aku dengan berita tersebut... Bagaikan tak percaya... Aku sebagai kawan dah terkejut, bayangkanlah ahli keluarga mereka dan si penghidap itu sendiri... Mak kepada kawan aku tuh, hampir pengsan mendengar berita tu.. Dan kawan aku, berusaha sedaya upaya untuk menerima ketentuan yang Maha Esa... Hebat betul dugaan tuh.. Dalam bulan puasa ni dengan raya yang bakal menjelang, semuanya akan jadi kelam... Tapi apakan daya... Dia Pencipta kita.. Di sebalik kejadianNya, ada hikmahNya yang tersembunyi... Begitulah Allah menguji kita.. Bila kita diuji, kita akan sedar bahawa kita adalah hambaNya yang lemah... Jika Allah kata jadi, maka jadilah... (Kun Fayakun)... Jadi, sebenarnya, di kesempatan ini, aku mengajak rakan2 memohon agar Allah memberi kesembuhan kepada abg kawan aku tu... Doctor kata jangka hayat pesakit tu da tak lama... Tapi, itu kata doctor dan doctor itu sendiri tiada kuasa utk menentukan hidup dan mati seseorg.. Tapi ianya berdasarkan analisis dan pengalaman doctor tersebut.. Apa2pun, kita tak boleh berputus asa dan terus memohon kepadaNya.. Mungkin keajaiban akan berlaku dan kita takkan tahu... Kepada rakan aku tu, I am so sorry for that... Aku harap ko akan BERSABAR dan terus BERDOA... Aku juga akan turut mendoakan dan berharap kesembuhan akan menjadi milik abgmu itu... Amin...

Suratan Atau Kebetulan?

Hehe.. Da lama tak update blog... Tak minat jadi blogger, nak jadi blogger gak.. Tu yang susah tu.. Huahuahua :D

Okeh, berkenaan suratan atau kebetulan...

Suratan - Apa yang aku faham, suratan ni macam takdir la.. Yang telah tersurat utk kita sejak dilahirkan... Kira macam Qada' n Qadar la kot.. Ye ke? heheeheh.. entah.. Kuang3x... Bagi aku, aku terima je apa sahaja suratan yg telah tesurat untuk aku.. Aku tahu, setiap apa yang tersurat untuk aku, ada hikmah di sebaliknya.. Hanya yang Maha Esa mengetahui segalanya... Walaupun kadang2 agak sukar utk menerima suratan hidup, aku terpaksa akur dan redha.. Sebab apa? Sebab tu mmg dah tersurat la.. kekekekeke :P -- Yang penting kita sebagai manusia harus mengetahui bahawa Allah SWT takkan menguji kita dengan sesuatu yang tak tertanggung oleh kita... Bermaksud, ujian yang diberi olehNya memang tertanggung untuk kita hadapi.. Cuma it is a matter of time and semangat.. hehehe

Kebetulan - Kebetulan ni pulak satu perkara yang aku tak percaya... Kalau tgk citer, kalau berlaku kebetulan, aku mesti rasa nak maki je.. Tapi sebenarnya kebetulan ni pun ada logiknya... And banyak kali berlaku dalam hidup aku.. Tapi aku still tak percayakan kebetulan.. hauhauhua :D Kebetulan yang terbaru dalam hidup aku adalah minggu lepas... Kawan aku masa belajar kat Skudai dulu call aku kata ada kawan dia yang belajar kat UTHM sedang buat projek Sarjana Muda.. Image Processing - yang mana bidang aku dulu masa belajar.. So kawan kepada kawan aku ni nak mintak tolong aku tgk2 kan projek dia.. So aku cakap, okey la kan.. Aku cuba sedaya termampu... Then kawan aku ni kasi phone number aku kepada kawan dia yang belajar kat UTHM tu.. Then, hamba Allah tu pun call aku... Sembang punya sembang, dia kata dia asal sama dgn negeri kelahiran aku... So, okeyla kan.. takde apa yang mengujakan.. Then sembang lagi, dia kata dia belajar satu sekolah menengah yang aku belajar dulu.. What the ... hehehehehe... Rupa2nya, budak ni classmate aku masa form 3.. Adeh.. hahahahaa.. Dia pindah ke sekolah teknik masa form 4.. Long lost fren la kiranya.. Kuang3x.. Itulah suatu kebetulan.. Kalo kebetulan camni berlaku kat dalam drama kat TV, mesti aku maki2 dan ayat biasa yang kuar dari mulut aku "Takkan bergitu berkebetulan" Nak taknak, memang kebetulan ni wujud.. Tapi bagi aku, untuk mempercayai kebetulan, agak susah bagi aku.. kekekekekeke

Apa aku duk bebel ni? Adeh.. Bla dulu la der.. Kuang3x :D

Sunday, April 11, 2010

Siapa kita?!!!!!!!

Hmm... bercakap tentang siapa kita, aku pun sebenarnya tak kenal siapa aku... And aku yakin ramai lagi di luar sana masih tak kenal diri sendiri... Hari ni kawan aku bagi satu link group kat Facebook... Mengalir air mata bila aku baca entries kat group tu... tak sanggup giler...

Group pasal Nabi kita Muhammad SAW dituduh penipu, gila sex dan seangkatan dgnnya... Dan aku tgk follower group tu seyesly anti-Islam and salah seorg darinya Ayah Pin... Aku tak tau apa dah nak jadi ngan dunia sekarang ni... Ya Allah, berilah kami petunjuk dan HidayahMu... Entries kat group tu, ya Allah, kalo kita ada sensitiviti terhadap agama kita dan Rasul kita SAW, kita pasti mengalirkan air mata... betapa Rasul kita dihina dan dicaci dgn begitu rakus oleh para2 anti-Islam ni... Mengalirkan air mata sebab baca entries ni lagi berbaloi dari mengalirkan airmata utk aweks or balaks di luar sana... huhu

Asal usul group tu tak tau dari mana tapi aku nampak no admins left... Gambar2 kat group tu mampu merobek hati insan yg cintakan Agama da Rasulnya... tapi tak semua yg join group tu sebenarnya anti-Islam, ada gak yg join sebab nak menghina group tersebut and ada gak utk menyedarkan balik mereka2 tu...

Berbalik kepada entry asal Siapa kita,
Siapa kita sebenarnya?
Kenapa ada yang begitu lantang menghina dan mencaci Rasul kita sendiri?
Kenapa ada sanggup mencaci Pencipta kita yang maha Agung?
Bahkan ada dari kalangan muslimin sendiri...

Tak tau lah... Aku tak arif sgt utk bercakap benda2 sebegini... Kepada yg masih lagi waras dan sedar, jagalah diri anda dan iman anda juga termasuk diri aku sendiri... Walaupun iman aku mungkin lagi nipis dari kulit bawang, mungkin juga lebih kecik dari seibiji zarah, aku bersyukur kerana aku masih lagi sensitif terhadap isu2 sebegini... Sama2 lah kita meegakkan Agama Allah yang maha suci ni...

Ya Allah, ampunkanlah kami, berilah kami petunjukmu dan sesungguhnya kami tergolong dalam golongan org2 yang rugi...

Salam.

p/s: kalau ada tersilap maksud or anything, harap tegur... TQ in advance

Wednesday, March 10, 2010

Zuhairi's bad attitude exposed

Hehe... aku baru prasan yg kat blog ni aku hny menceritakan pasal org... haha ;] mcm aku ni baik sgt plak... so, today aku nak expose my bad attitude plak... hehe...

Bagi sape yang kenal aku ni, memang dah tak larat nak melayan... haha... Aku mmg pernah dgr org cakap, aku ni memang suka menyusahkan org... haha ;] Aku rasa aku memang akuinya... wohoho... sebab sikit2 aku ajak org g situ, g sini, buat tu, buat ni padahal takde kena mengena ngan mereka... haha... :)

Ada gak one of them cakap, aku ni sukakan perhatian org... Huh? haha... I dunno for sure... Tapi judgment org lagi betul dari judgement diri sendiri... wakaka... Aku tak tau kenapa ada org labelkan aku sukakan perhatian... haha... aku tanya dia, dia taknak jawab plak... hehe :D For him to know and for me to figure it out... hehehe ;]

O yang satu ni aku mmg realize bad attitude aku. Aku ni mmg seorg pendendam... Mak aih... takut plak aku... wohoho... But seyesly aku akuinya... wohohoho... Org cakap kalo ada perasaan camni, aku ada penyakit hati... So, aku kena ubati penyakit hati ni dgn zikrullah and banyakkan membaca Al-Quran. InsyaAllah... hehe

Aku mmg suka memendam perasaan ketakpuasan hati, being a hipokrit, aku berlakon mcm aku suka kepada org yang aku tak suka, aku buat mcm aku takde pape but aku tahu aku hanya berlakon sebab aku tak suka sgt la sakitkan hati org nih... aku sakit takpe... wakaka... the truth, that's me! hehehe :]

Alamak, aku ada kelas, baru nak membebel kat blog ni... haish! haha... tapi bnyk g r bad attitude aku yg aku realize and yg aku tak realize... Aku mmg tgh mengenali siapa aku yg sebenarnya... wohoho... walaupun aku perangai cam haram cam ni, aku still have frens that being nice to me... wakaka... thank guys! u r my frens in this world and here after insyaAllah... ;]

adios amigos y amigas

penulis

Monday, March 8, 2010

My Final Year Project...

Hehe... Akhirnya FYP aku yg bertajuk "Brain Cancer Classification using Grey Level Co-Occurence Matrix" dah kira almost siap la... tapi accuracy result dia aku tak tau lagi... huhuhuhu... blom kira lagi... Aku post benda ni sebab aku nak tunjuk kat one of my frens yg bnyk sgt tlg aku dalam menjayakan projek aku... Doctor to be... Dr. Athirah... Thanks Athirah... Aku post ni sebab nak ko tgk result k... hehe... Aku harap sgt ko dapat bg komen sebelum aku masuk seminar or exhibition nanti... hoho...

Inilah hasilnya setelah setahun bertungkus lumus... Biarla kalo tak dapat result A pon... Yg ptg aku puas... hehehehe :D

Ni kalo click kat sel yg normal... Hehe ;]



Ni plak kalo click kat sel yg abnormal :D


Harap2 at least benda ni membantu la sebagai bukti yg bleh support doctor's theory kan... hehe... tapi of course la, kena very accurate lu... wohoho...

TQ athirah... n TQ to all my frens...

p/s: Sila click pada gambar utk enlargement

Adios... ;]

Kawan atau Kekasih?

Topik yang selalu dibincangkan... Kawan atau Kekasih... Some would prefer kekasih and some would prefer kawan... Wohoho... Tapi kenapa takleh prefer kedua2nya sekali... Kenapa? hehe...Depend la pada individu mcm mana diorg pikir... Tapi aku memang terkilan r sorang kawan aku neh... Bukan apa... Kalo ngan awek/balak dia, bukan mainla dia lupakan semua kawan dia... Sampai tak ingat la dia ada kawan wa cakap lu... hehehe... Tapi time susah or time awek/balak dia takde, baru dia sedar dia ada kawan rupanya...



Orang lain ada awekbalak gak, tapi bleh jer pentingkan kedua2nya sekali... Ok jer diorg... wohoho... Aku selalu teringat kat pepatah ni "You give, you take" hehe... tapi asyik give je... tak pernah take pon... wohoho... mana tak sakit hati... tak gitu... hehe... ;) Aku ni malas sebenarnya nak menulis cerita berbaur jiwang neh... Tapi sakit hati plak dgn kawan aku neh... Aku kadang2 sacrifice masa, tenaga, n apa2 je la utk tolong diorg... Bukanla nak mengharapkan pembalasan or sumething... Just show me some respect... Bnyk kali la beb wa cakap lu... hehe... Kalo aku mintak tlg sikit, bertan-tan alasan diberinya.. kira mcm bengang gak r kalo nak mintak tlg... Dia mintak tlg kita bukan maen ayat baik2 je kuar... haha... Kalo awek/balak ada problem sikit, mak aih... Dah macam kucing hilang anak dah jadinya... Wakaka... Kesian pun ada aku tgk...


Lantak ko lah ko nak buat apa... Yang penting ko sedar la diri ko sape... Kalo ko susah, kawan gak yg ko cari... Kawan is kawan beb... Tak kira lah apa jadik... Awek/balak is kawan gak... Tapi kawan yg mesra sikit r kononnya... Wakaka... Yg tak tahan, kalo dah clash nanti, mungkin awek/balak tu jadik musuh... wohohoho... So, sape2 yg ada awek/balak tu, ko jgn lupa la kat kawan ko tu... ko jgn ingat kat dia time susah jer... Ko berkawan tak berdosa pun, tapi kalo ko ada awek, setahu aku sebagai insan yg jahil ni kan, macam berdosa... Yela... Bukan mahram... tak gitu... wohohoho... Dah la... Takdak duk pasai duk melalut pasai sumething yg mebuang masa aku jer... BTW, kawan2 aku yg concern pasai aku, aku mmg appreciate giler r... Ramai gak yg concern pasai aku sebenarnya... hehehe... TQ guys! Luv u guys in this world and here after... Semoga persahabatan yg terjalin diredhai Allah dan berlandaskan syariatNya... adios amigos y amigas...

hehe ;]

penulis...

Thursday, January 21, 2010

Ego

EGO... apa yg korunk paham pasal ego? hehe... bagi aku manusia tersgtla unik... ada yg baik hati, ada yg setia, ada yg kedekut... n macam2 la...

tapi aku tringin nak bincang pasal ego ni... bagi aku org ego ni tersgtla menyakitkan hati... sebab ego dia tu, dia selalu katakan "taknak!" kepada benda yg dia nak (cthnya syg ke, care ke)... haish... pelik btolla... kadang2 org ego ni takleh org lagi tinggi dari dia(even pasal lagu baru kat radio, sape tahu dulu lagu tu pun dia nak ambik kira)... kalo kita cakap, semua dia kata dia tahu... padahal bukanla tau sgt pon kan... haha... pastu bila ada problem, n dia tau kita mungkin bleh solve problem dia kalo kita tahu that problem, dia tetap tak gtau... sebab apa? sebab ego tu la... hoho...

apepun, bagi org yg ego ni, aku harap korunk berubah la kan... kita ni hamba Allah tak pernah sempurna dan takkan sempurna... so kalo org masalah tu, bawak2 la berbincang... kalo org lagi tinggi dari kita pun, semangat utk menandingi dia dgn cara yg sihat... bukan sebab dia tinggi dari kita, kita lari dari dia... hehe

lagi satu effect dari perbuatan ego ni, cakap pun dah tak serupa bikin... cakap pandai... buatnya idok... hehehehe... pepepun, berhepyla korunk dgn perangai korunk tu... k adios amigo y amiga... hehehe ;)

Tuesday, January 19, 2010

Azad Jazmin - Suara Rindu

Suatu yg indah ceritanya bermula semalam
Andainya dapat ku rasa selamanya
Tetapi ku tahu tidak mungkin dapat ku miliki
Walaupun kau hadir hanya dalam mimpi

Kuteruskan hidup hari demi hari pun berlalu
Seksa dan derita ku tanggung sendiri
Apa yg tinggal hanyalah doaku padamu Tuhan
Pasrahku hanya Kamu yg menentukan

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah... aku

Semoga suatu hari nanti dapat ku temui
Penawar dukaku yg berdarah luka
Pabila bertemu pasti aku suarakan rindu
Laguku untukmu buat selamanya

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah... aku

Pun tak pernah ku sesalkan
Kecewa datang dan pergi tinggalku sendiri
Ditakdirkan aku syukur selalu
Sesungguhnya aku tahu
Temanku hanyalah... aku

Aku...
Aku...



http://www.4shared.com/file/200218434/644617c4/azad_jazmin_suara_rindu.html