Sunday, January 13, 2013

Kita dan Mereka...

Kelu lidah berbicara. 
Kaku langkah meneruskan acara. 
Kita tetap kita. 
Mereka semestinya mereka. 
Pengalaman pahit itu bermakna. 
Sebagai pengajaran sewaktu lupa.

Bermadah la plak. Haha. Aku tak tau kenapa aku come out dgn entry KITA dan MEREKA ni. Hehe. Mungkin sebab tekanan kot. Wawawa. Well. Cest la vie.

Hmm. How to start. Its tough. Aku bermula dengan KITA. Kita adalah diri kita. Dan apa yang kita buat mungkin untuk kita atau mungkin jugak utk mereka. Tapi percayalah, walau apa yg kita buat, mereka hanya berkata kita buat untuk kita. Bukan untuk mereka.

Pertamanya. Usaha. Kita telah meletakkan segala usaha. Mungkin yang terbaik untuk mereka. Tapi pada mereka, usaha itu mesti ada hasilnya. Bagi usaha yang sia-sia, mereka akan berkata kita sebenarnya tidak berusaha. Yang penting adalah hasilnya. Bukan pada percubaannya. Jadi usaha tanpa hasil, adalah suatu perkara yang sia-sia kepada mereka. Tapi percayalah pada janji Allah. Orang yang berusaha mesti akan berjaya. It is just matter of time.

Keduanya. Pengorbanan. Kita mungkin telah korbankan segalanya untuk mereka. Malah kita korbankan lebih dari apa yg kita mampu korbankan utk diri kita. Tapi untuk mereka, apa yang kita tak mampu pun, kita cuba korbankan untuk melihat mereka bahagia. Tapi pada mereka, sama juga spt usaha. Jika pengorbanan tanpa hasil kepada mereka, mereka hanya akan mensia-siakan penorbanan kita. Pengorbanan tanpa hasilnya, ibarat pokok yang tidak berbuah kepada mereka. Tiada makna. Walau untuk sedikit pun. Mereka bahkan lupa pengorbanan kita. Kerana pengorbanan kita tak memberi jutaan ringgit kepada mereka. Dan jika kerana pengorbanan kita membuatkan mereka berjaya, pada mereka ianya bukanlah disebabkan pengorbanan kita. Tapi usaha mereka. Malah ada yang dengan egonya berkata tanpa pengorbanan kita pun mereka tetap berjaya. Itu sudah lumrah kehidupan.

Ketiganya. Hati dan perasaan. Hati dan perasaan kita hanyalah hak mutlak kita kata mereka. Tiada pentingnya pun kepada mereka. Yang penting usaha yang berjaya pada mata mereka. Mereka tidak mempunyai sebarang tanggungjawab pun terhadap hati dan perasaan kita. Kerna yang ptg tetap adalah pada hasilnya. Jika hati dan perasaan kita gundah gulana. Jika hati dan perasaan kita hancur dek duka. Pada mereka kita hanyalah berseloka. Mencari alasan untuk tidak berusaha.

Kita dan mereka tiada silapnya. Kerana kita bukan mereka dan mereka bukan kita. Kalau kita menjadi mereka sekalipun, kita tetap menjadi seperti mereka. Dan bila mereka menjadi kita, mereka tetap seperti kita.

Hehe. Aku tau jika aku baca entry ni suatu hari nanti, aku sendiri pun tak paham apa yg aku tulis. Haha. Aku hanya membiarkan jemari ini menyusun kata hanya untuk melegakan sedikit duka. Huahuahua. Baik aku berhenti sebelum aku memeningkan lagi diri sendiri untuk kemudian hari. Wawawa.

Ibnu Ismail.