Thursday, November 18, 2010

A Word to Remember...

A word... Atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai Satu Perkataan... Perkataan ialah sesuatu yang keluar dari hati kita sama ada written or verbally... Kita diberi kebebasan untuk bercakap atau menulis apa yang terbit dari hati kita... Apa yang mengawal kita adalah akal kita...

Tetibe hari ni aku nak bercakap pasal A Word to Remember... Sedarkah kita kekadang apa yg dilahirkan dari hati kita dan dilemparkan kepada seseorang mampu mengubah seseorang? Sebagai contoh, bila kita melemparkan kata 'cacat' kepada orang kurang upaya, ianya mampu menjatuhkan keyakinan diri orang tersebut... Sesetengah orang boleh menerima kekurangan diri dan setengah orang tak mampu untuk menerima kekurangan yang dikurniakan Allah SWT. Sedarkah kita bahawa kita semua adalah manusia dan sudah terang-terang yang manusia adalah makhluk yang tidak sempurna? Jadi, kenapa kita manusia boleh menghina kekurangan seseorang dengan seolah-olah kita adalah makhluk yang sempurna? Kita bebas melemparkan kata-kata menghina ciptaan Tuhan tanpa menggunakan kebijaksanaan akal? Dan kata-kata itu sebenarnya akan terabadi ke dalam jasad org yang menerima... Fikir-fikirkanlah dan beringatlah sebelum kita berkata-kata... Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya' :)

Adios...

2 comments:

  1. ha!ju salu ate dyg gemuk!!!!
    hahaha.
    kan kan kaaannn?
    kuikui

    ReplyDelete
  2. wah! bila masa pulak ju ate dayang??? adeh.. hahhahahah. camne raya? ok ka? kar mana ni??

    ReplyDelete