Tuesday, December 2, 2014

Masalah paparan gambar dalam Album z1 compact

Setakat hari ini z1 compact mempunyai paparan gambar yang pelik di dalam album. Semua gambar bercampur dengan thumbnail (low resolution image) dan memenuhi ruang album. Kesan lebih teruk selepas restart telefon anda.

Hal ini memang diketahui umum oleh pengguna sony xperia z1 compact. Jika anda pengguna z1 compact, benda ini sangat melecehkan. Terdapat satu cara mengatasi masalah ini.

1. Muat turun aplikasi (application) di Google Play iaitu studioKUMA .NOMEDIA
2. Buka aplikasi tersebut dan cari folder bernama android
3. Buka folder tersebut dan anda akan melihat 2 subfolder lain iaitu data dan obb. Jika anda perhatikan ada simbol sebelah kanan pada folder obb iaitu simbol berbentuk note music dengan ditandakan pangkah merah yang besar
4. Tekan folder data selama 2 3 saat dan simbol seperti simbol yang ada pada folder obb akan wujud pada folder data
5. Keluar aplikasi tersebut
6. Pergi kepada setting>apps>all>media storage dan sila clearkan data dan cache
7. Restart henfon anda
8. Selesai

Semoga berjaya!