Saturday, November 27, 2010

Makhluk yang Bernama Manusia...

Hmm... It's been a long time tak membebel.. Haha.. :D... Hari ni nak membebel pasal manusia plak... Kita sedia maklum yg manusia ni ciptaan Allah yg dikurniakan akal fikiran... Hehe.. Jika dibandingkan dgn makhluk lain, sudah tentunya kita ni lebih mulia...

Teringat plak kepada pepatah... 'Rambut sama hitam, hati lain-lain.'... Betul pepatah ni... Manusia ini bnyk ragamnye.. Banyak karenahnya... Ada yg kelakar, ada yg pendiam, ada yg jenis huha-huha, dn tak lupa jugak yg jenis zalim...

Aku kadang2 tak percaya dgn kezaliman manusia... Sebab manusia ni ada akal and jugak ada belas kasihan... Tapi bila aku melihat dunia hari ni, dan pernah terjadi depan mata aku sendiri which aku sendiri yg mengalaminya, aku akui... Terdapat lagi manusia berhati binatang.. Malahan lagi teruk dari binatang... Aku cuba memikirkan keadaan diorg.. Cuba utk berada di tempat diorg.. Tapi aku masih tak mendapat jawapan.. Sampai skrg aku masih buntu dgn perangai manusia.. Buntu dgn sikap manusia.. Aku tiada jawapan utk soklan "Kenapa ada manusia yg sgt kejam dan tak berperi kemanusiaan.." Melayan org lain seolah2 melayan anjing jalanan... Kejam sungguh.. Sgt tragis.. huhu

Wahai manusia, tidakkah kamu sedar kamu ciptaanNya yg sgt indah??? Tidakkah kamu bersyukur??? Butakah matamu??? Pekakkah telingamu??? Butakah hatimu??? Tidakkah kamu melihat kebesaranNya???

Dan manusia yg kejam itu adalah aku... :'|

Thursday, November 18, 2010

A Word to Remember...

A word... Atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai Satu Perkataan... Perkataan ialah sesuatu yang keluar dari hati kita sama ada written or verbally... Kita diberi kebebasan untuk bercakap atau menulis apa yang terbit dari hati kita... Apa yang mengawal kita adalah akal kita...

Tetibe hari ni aku nak bercakap pasal A Word to Remember... Sedarkah kita kekadang apa yg dilahirkan dari hati kita dan dilemparkan kepada seseorang mampu mengubah seseorang? Sebagai contoh, bila kita melemparkan kata 'cacat' kepada orang kurang upaya, ianya mampu menjatuhkan keyakinan diri orang tersebut... Sesetengah orang boleh menerima kekurangan diri dan setengah orang tak mampu untuk menerima kekurangan yang dikurniakan Allah SWT. Sedarkah kita bahawa kita semua adalah manusia dan sudah terang-terang yang manusia adalah makhluk yang tidak sempurna? Jadi, kenapa kita manusia boleh menghina kekurangan seseorang dengan seolah-olah kita adalah makhluk yang sempurna? Kita bebas melemparkan kata-kata menghina ciptaan Tuhan tanpa menggunakan kebijaksanaan akal? Dan kata-kata itu sebenarnya akan terabadi ke dalam jasad org yang menerima... Fikir-fikirkanlah dan beringatlah sebelum kita berkata-kata... Bak kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya' :)

Adios...

Tuesday, November 16, 2010

Pengalaman Membungkus Ketupat Daun Palas!!!

Tetibe malam ni aku rasa nak membebel lagi... haha.. padahal esok hari raya... sibuk nak online bagai... Ha! Kebetulan da menulis ni, aku nak share la pengalaman aku utk raya kali ni... Raya kali ni mak aku n kakak aku berpakat nak buat ketupat daun palas... Kedengaran agak biasa tapi pengalaman ni cukup indah buat aku...

Aku ni mmg suka belajar benda yang baru.. Tak kira sama ada aku minat ke tak... Bagi aku, minat boleh dipupuk.. hehe ;) Tapi kalo aku da try belajar, n aku still takley nak buat, mungkin aku tak sesuai la kot dengan benda tuh.. Ye lah.. aku pun manusia.. Tiada manusia yang sempurna.. hehe :D

Berbalik kepada pengalaman buat ketupat daun palas... Ni la kali pertama aku belajar membungkus ketupat ni.. Ala.. nampak cam simple je.. So, aku mcm tak heran sgt la.. hehe :) So, lepas pulut dah ditanak dan dicampur santan and all those things tuh, tibala masa utk membungkusnya.. Wah! aku tak sabar nak tunjuk skill aku yg lama terpendam ni...

Tetibe aku terkial-kial nak bungkus sebiji ketupat.. Adeh.. Mak aku da siap sepuluh, aku tak siap satu pun lagi.. haha.. Masa tu akak sulong aku pun ada sama.. Dia pun terkial-kial gak... Haha.. Then mak aku pun cuba la menurunkan teknik-teknik nya kepada akak aku... Aku hanya tgk sambil jeling2... Bodoh sombong katakan! haha... Blaja punya belajar, akak aku da pening.. Mak aku kidal, aku dan akak aku guna tgn kanan.. so mcm da tonggang terbalik jadinya.. Aku pun uba la apply menggunakan imiginasi aku ni.. tereng! Aku da berjaya bungkus sebiji ketupat! Hepy giler aku rasa.. kekekeke... Sampai semua pulut tuh dah abes, kakak aku masih lagi tak berjaya membungkus sebiji ketupat... haha...

It was a nice moment n experience! Yeah! hehe

Daa...

Btw, Salam Aidiladha.. hehe :D