Dah lama rasanya tak menulis blog. Busy dowh. Haha. Lagipun bukan ada orang nak baca. Haha. Just luahan hati dan pendapat sendiri. Kekeke. Kesian. Tapi takpelah. Sekurang-kurangnya hati akan menjadi tenang. ;)
Hmm. Entry pengalaman. Pendapat peribadi aku, pengalaman sangat hebat di samping ilmu pengetahuan. Setiap pengalaman akan menjadikan kita orang yang berbeza. Tapi setiap pengalaman, banyak yang pahit dari yang manis. Hee.
Dalam hidup aku sendiri, aku banyak melakukan perkara yang sia-sia. Aku selalu menyesal. Aku selalu menuduh diri aku seorang yang sangat bodoh. Tapi bila aku fikir balik, aku terlupa akan sesuatu yang sangat berharga di sebalik perkara yg aku katakan sia-sia. Sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Sesuatu yang kita tak mampu merasainya kalau kita tidak melaluinya. Itulah dinamakan "pengalaman".
Dalam hidup aku banyak sungguh pengalaman pahit berbanding pengalaman manis. Walaupun sangat pahit bahkan lebih pahit dari hempedu, aku telan dengan redha kadang-kadang pasrah. Aku telah meletakkan setiap usaha aku, keikhlasan aku di setiap bidang yang aku ceburi supaya aku mendapat hasil yang terbaik. Tapi mungkin disebabkan faktor lain, dan juga mungkin usaha aku tidak sehebat mana pun walhal aku je perasan hebat, maka perkara tersebut hanya sia-sia. Masa, wang ringgit, terutama sekali maruah semuanya habis tergadai. Lumrah dunia. Sangat banyak hakim di luar sana. Jalan selangkah, jumpa pendakwaraya. Jalan selangkah, jumpa hakim, Jalan selangkah lagi, jumpa majistret. Mahkamahnya hanyalah di depan2 rumah. Di bawah-bawah pokok. Haha. Tapi sebanyak-banyak langkah yang paling sukar untuk ditemui adalah peguambela. Kekkekkeke.
Aku tahu apa yang bakal aku lalui pada hari ini kerana perkara sebegini memang aku sudah jangka. Cuma sikap aku sebagai manusia. Belum cuba belum tahu. Tapi bukan senang nak berjaya tau! Sangat sukar. Alhamdulillah. Keperitan yang aku lalui, aku mampu lagi terima sampai sekarang. Aku cuba melawan dgn sepenuh hati. Cuba melawan hasutan-hasutan syaitan untuk meminum racun. Dan di sini aku hari ini. Di saat aku menulis ni, aku tau aku hanyalah sampah. Aku hanyalah insan yang hina yang hanya akan menerima caci maki masyarakat. Sebab apa? Kalau nak citer pasal sebab dlm entry ni mmg pjg 40 pages la entry ni. Haha. So kalau ada masa, aku akan tulis sebabnya utk rujukan diri sendiri. Sebab melayu mudah lupa. Haha. Sekurang-kurangnya suatu masa nanti aku baca pasal entry2 aku, aku dah totally lupa. So bila baca refresh balik. Baru semangat dowh! Hehe.
Tapi bila aku fikir balik, penderitaan yang aku lalui dengan apa yang berlaku di Palestin sekarang, tak sampai kot 1% keperitannya. Sedih sangat terutamanya bila tgk bayi dan anak kecil adalah mangsa kejam zionis. Kejam. Sangat kejam. Setiap kali aku mendapat info, setiap kali itulah aku kehilangan semangat dan menitiskan air mata. Sedih dowh!
Sebagai penutup entry kali ni, aku mengingatkan diri sendiri, jangan lah sesali apa yang berlaku, Mungkin hanya aku yang menganggap ianya sia-sia. Tapi hikmah Allah sangat besar. Aku je yang tak tau. Tapi macam aku cakap masa mula-mula tadi pun, dalam banyak perkara yang sia-sia tersebut, terselit suatu benda yang sangat berharga iaitu P E N G A L A M A N!
P/s: Aku teringin nak share lukisan aku kat blog ni, tapi tak sempat nak upload. Busy sgt dengan perkara sia-sia. Huuuuuu
Ibnu Ismail.
2.56 PM.
18/11/2012