Sejarah dan kehidupan ada yang memilukan dan ada juga yang membahagiakan. Kita manusia perlu merasa setiap rencah dalam kehidupan agar ianya seimbang. Kenangan pilu agar kita dapat merasa keadaan yang dirasai oleh mereka yang sukar untuk merasa bahagia.
Jika kenangan semalam sangat memilukan, janganlah berputus asa akan kehidupan. Ianya dugaan dari Yang Maha Hebat untuk hambaNya. Jika ianya terjadi kerana kesilapan dalam membuat keputusan, sedarlah kita hanyalah manusia yang penuh dengan ketidaksempurnaan. Apa yg diharapkan sesuatu yang sempurna dari sesuatu yang tidak sempurna? Tidak mungkin kan.
Ada saat dan ketika kita kehilangan segalanya. Maruah, jati diri, keyakinan diri dan mungkin juga harta. Ambil la dari sudut positif. Kita hilang akan sesuatu supaya kita akan lebih menghargainya jika ia datang kembali kepada kita.
Janganlah kita tangisi kisah semalam walau begitu perit utk kita mengertikan. Ianya suatu pengalaman. Ye suatu pengalaman yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Bila kita diuji, kita insan terpilih. Biarlah kita kehilangan segalanya walaupun keluarga dan sahabat. Biarlah kita dicaci dan dihina kerna orang tidak pernah berada di tempat kita. Paling penting jangan hilang keyakinan kepada Allah dan jangan pernah kehilangan diri sendiri.
Dan ingatlah MANUSIA YANG HEBAT ADALAH INSAN YANG PERNAH MELALUI PENGALAMAN PALING SUKAR DALAM HIDUPNYA.
A wise man once said the most inteligent people was the most destroyed one!