Friday, April 20, 2012

Nilai Setitis Airmata...


Kehidupan in sungguh mencabar. Sangat mencabar. Tetapi dengan cabaran inilah kita menjadi semakin kuat dan tabah dengan setiap cabaran dan menjadi sebuah pengalaman. Pengalaman yang memberi erti kepada sebuah kehidupan.

Seringkali soal air mata dipertikaikan. Terutamanya di kalangan lelaki. Seolah-olah lelaki tidak mempunyai perasaan. Dan lelaki yang menangis dianggap pondan atau manja. Pada saya nilai setitis air mata tiada kaitan langsung dengan label-label sebegitu. Manusia berhak meluahkan apa yang dirasai dan luahan terbaik tanpa melibatkan orang lain ialah dengan menglikan air mata.

Air mata boleh mngalir dengan beberapa sebab. Antaranya masuk habuk, terkena bahan kimia seperti shampoo, megupas bawang dan sebagainya. Itu adalah air mata yg dialirkan kerana sebab fizikal. Bukan disebabkan luahan hati. Air mata sebegini biasanya tiada nilai. Hehe.

Ada juga air mata dialirkan dengan sengaja. Untuk meraih simpati, sebagai lakonan, atau untuk menunjukkan betapa hipokrit seorang manusia. Jika berlakon, its just ok sebab itu adalah lakonan untuk menyampaikan kepada penonton dan membolehkan penonton untuk merasa keadaan seperti yang diceritakan oleh pengarah dan pelakon adalah mediumnya. Tetapi air mata untuk meraih simpati dan mata hipokrit adalah air mata yg paling jijik antara semua. Air mata palsu untuk mendapat simpati orang lain. Air mata yang tiada maknanya. Sia-sia saje kepada pengalir air mata tersebut. Tetapi mungkin mereka gembira dengan cara tersebut.

Air mata yang dialirkan dari satu perasaan yang betul-betul hiba, terlalu gembira, atau terlalu menghargai adalah air mata yang sangat istimewa. Yang sangat tinggi nilainya. Ye betul. Tahukah anda air mata dari jenis ini merupakan luahan sekeping hati yang tidak dapat disuarakan dengan kata-kata? Luahan hati yang begitu ikhlas dan tanpa dipaksa dan semakin diseka, semakin deras alirannya...

Jika air mata ini dialirkan, teruskanlah. Teruskanlah alirkan air matamu. Kerna di setiap titisan air mata tersebut, tersembunyi sejuta maksud. Maksud yang hanya mampu difahami oleh insan yang mengerti. Luahkanlah perasaan itu melalui air mata jika tiada sesiapa di sisi untuk mendengar atau perkara tersebut terlalu peribadi untuk dikongsikan. Yang bisa mendengar hanyalah yang Maha Esa. Setiap titisan meluahkan sejuta maksud dan selepas puas menangis, maka hati akan berasa lega. Satu semangat baru seolah disuntik untuk berdepan cabaran hidup. Hati menjadi semakin tabah. Dan akal fikiran seolah ligat berpusing memujuk hati sendiri.

Ketepikanlah sebuah keegoan dan luahkan lah apa yang dirasa. Justeru hati akan lebih tenang. Jika keegoaan menjadi salah satu persoalan, maka seksa lah hati kita dengan memendam segalanya dan berdoalah agar kita tidak bakal dimasukkan ke tanjung rambutan demi mempertahan ego...

Nukilan,
Ibnu Ismail
03.42
20 April 2012